Seramai 134 penulis blog di Singapura hari ini menggelapkan laman web masing-masing sebagai tanda bantahan terhadap undang-undang perlesenan laman berita atas talian yang disifatkan mereka sebagai langkah menyekat kebebasan media.

Bantahan itu dizahirkan dengan meletakkan screen hitam di laman web mereka yang bertulis "#FreeMyInternet" (bekaskan Internetku).

singapore blog yawning bread blackoutIa turut memuatkan maklumat perhimpunan pada Sabtu di sudut pidato Hong Lim Park di tengah-tengah kota Singa itu, lapor AFP.

"Ini bukan hanya pergerakaan oleh blog sosio-politik. Laman web yang menyertainya daripada pelbagai genre - daripada gaya hidup dan makanan kepada teknologi, The Online Citizen's (TOC) Choo Zheng Xi dipetik sebagai berkata.

Di laman TOC yang turut 'bergelap' pula dimuatkan pesanan bertulis: "Ini apa yang kamu rasa bila tidak boleh membaca atau tahu."

Penguasa Pembangunan Media (MDA) Singapura sebelum ini mengenakan rangka kerja pelesenan ke atas laman berita atas talian republik itu yang dikunjungi sekurang-kurangnya 50,000 orang sebulan, lapor Berita Harian Singapura.

Peraturan baru yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu memerlukan laman berkaitan menunjukkan bon persembahan sebanyak $50,000 dan mematuhi sebarang arahan MDA untuk menghentikan penyiaran bahan yang dianggap tidak mematuhi piawai MDA.

[Baca berita penuh]