Saturday 29 June 2013

Kuala Besut: jika kedudukan 16-16.


Harakah dipetik bahawa Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi.

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

“Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS,” ujarnya.
Sementara itu tentera siber Barisan Nasiaonal dengan rangkaian seluruh negara telah memulakan tugas setelah kerusi berkenaan dikosongkan akibat kematian penyandang.
Pemerhati bebas yang temua rata-rata berpendapat peluang BN mempertahankan kerusi DUN Kuala Bessut ini amat cerah berikutan kawasan ini antara kubu terkuat BN di Terengganu.



Thursday 27 June 2013

PRK Kuala Besut Mesti Dikendali ‘SPR Baru’ - Nurul Izzah

Hanya ‘SPR baru’ yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar walaupun beliau, bapa beliau dan ramai pembangkang memenangi PRU13 dibawah kendalian 'SPR lama' dengan penuh wibawa.


Nurul Izzah yang memenangi PRU13 bawah kendalian 'SPR lama'

Menuruti semua kehendak pembangkang dengan perbelanjaan kerajaan yang besar dalam penggunaan dakwat kekal dibawah pimpinan pesara PTD yang berwibawa, SPR telah menjalankan amanah mengendali PRU 13 dengan adil dan saksama.

Walaupun Nurul Izzah menegaskan “Pada saya ini tak boleh diterima pakai,” ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini, namun kejatuhan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditangan PR membuktikan PRU13 dikendali dengan adil. Lebih adil lagi apabila 3 negeri PR ini mendahului negeri BN dalam membentuk kerajaan negeri.


Pembangkang terpaksa menggunakan isu ini sebagai perang saikologi kerana ketiadaan isu lain yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan, walaupun dengan cara memfitnah SPR sekalipun. 

SPR selaku sebuah badan bebas dibawah SPB Yang Dipertuan Agong sepatutnya mengambil tindakbalas yang profesional dengan meminta mahkamah mengeluarkan injuksi menghalang PR memfitnah badan tersebut. Pada masa yang sama pula perlu meminta mahkamah menghalang pembangkang menubuh kerajaan negeri sehingga saman fitnah terhadap pembangkang diputus oleh mahkamah.

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun 2013, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

SPR Terengganu dalam kenyataannya hari ini memberitahu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan dalam tempoh 60 hari mulai tarikh pewartaan kekosongan DUN selewatnya hingga 27 Ogos depan.

Sunday 9 June 2013

Polis tak lulus Blackout 505 di Perlis



9 Jun 2013
KANGAR - Polis tidak meluluskan perhimpunan Blackout 505 yang dijadual berlangsung malam esok, di tanah lapang Kampung Bakau di sini, kerana penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.
Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.
Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.
Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang. - Bernama

Friday 7 June 2013

134 blogger S'pura 'bergelap' bantah kawalan media


5:37PM Jun 6 2013 
Seramai 134 penulis blog di Singapura hari ini menggelapkan laman web masing-masing sebagai tanda bantahan terhadap undang-undang perlesenan laman berita atas talian yang disifatkan mereka sebagai langkah menyekat kebebasan media.

Bantahan itu dizahirkan dengan meletakkan screen hitam di laman web mereka yang bertulis "#FreeMyInternet" (bekaskan Internetku).

singapore blog yawning bread blackoutIa turut memuatkan maklumat perhimpunan pada Sabtu di sudut pidato Hong Lim Park di tengah-tengah kota Singa itu, lapor AFP.

"Ini bukan hanya pergerakaan oleh blog sosio-politik. Laman web yang menyertainya daripada pelbagai genre - daripada gaya hidup dan makanan kepada teknologi, The Online Citizen's (TOC) Choo Zheng Xi dipetik sebagai berkata.

Di laman TOC yang turut 'bergelap' pula dimuatkan pesanan bertulis: "Ini apa yang kamu rasa bila tidak boleh membaca atau tahu."

Penguasa Pembangunan Media (MDA) Singapura sebelum ini mengenakan rangka kerja pelesenan ke atas laman berita atas talian republik itu yang dikunjungi sekurang-kurangnya 50,000 orang sebulan, lapor Berita Harian Singapura.

Peraturan baru yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu memerlukan laman berkaitan menunjukkan bon persembahan sebanyak $50,000 dan mematuhi sebarang arahan MDA untuk menghentikan penyiaran bahan yang dianggap tidak mematuhi piawai MDA.

[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Hormati undang-undang, guna saluran sah

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mei 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
SEMUA pihak perlu menghormati sistem pilihan raya di negara ini dan keputusan PRU13 pada 5 Mei lepas. Rakyat memberikan mandat kepada parti yang menang dan parti yang kalah perlu menerima dengan hati terbuka.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menasihatkan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13, menggunakan saluran undang- undang kerana ia adalah saluran yang terbaik dan sah

Bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan keputusan Keputusan PRU13?

SPR mewartakan keputusan PRU13 pada 22 Mei lalu. Bermula 23 Mei, selama 21 hari mana- mana parti politik, calon-calon terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekali pun. Mereka berhak di sisi undang- undang mencabar keputusan pilihan raya iaitu melalui cara memfailkan petisyen di mahkamah tinggi di negeri di mana kawasan yang dipertikaikan.

Ini adalah hak yang diberi parti politik dan rakyat yang mendaftar sebagai pengundi serta calon- calon untuk memfailkan petisyen yang dijamin di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu SPR mengingatkan calon- calon dan parti- parti politik supaya menggunakan saluran undang- undang. Itulah saluran terbaik dan sah di negara kita.
Jangan cuba ubah budaya politik demokrasi dengan cara lain untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan dipilih melalui proses pilihan raya yang sah.

Keputusan PRU13 membuatkan ada satu pihak menyatakan mereka menang sebab undi majoriti manakala satu lagi menang lebih kerusi dan membenarkan membentuk kerajaan. Bagaimana Datuk melihat perspektif ini?

Sistem pilihan raya di negara ini bukan dibuat oleh SPR. SPR melaksanakan undang- undang yang telah diluluskan di Parlimen. Sejak merdeka, undang- undang dalam urus pilihan raya, adalah bersandarkan sistem 'Westminster Democracy' yang diguna pakai di United Kingdom. Britain dan banyak negara Komanwel untuk melaksanakan pilihan raya mereka termasuk Singapura, Malaysia, India Australia dan New Zealand,Kanada Kenya, Nigeria dan Uganda.
Sistem pilihan raya terbahagi kepada dua iaitu menentukan kemenangan melalui majoriti mudah bersandarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi, itulah ‘Westminster Democracy System’. Satu lagi sistem yang dipanggil iaitu ‘Proportional Representation System’ (PR System) atau perwakilan berkadar. Sistem ini banyak dilakukan di negara- negara yang mengamalkan sistem Presiden.
Di Malaysia, ia berbeza dan jika ingin mengubah sistem pilihan raya, kita kena ubah Perlembagaan, Undang- Undang Pilihan Raya bukan mengubahnya dengan pergi berdemonstrasi di jalan raya. Jadi sistem menentukan kemenangan sistem parti mana yang mendapat kerusi majoriti yang kita amalkan sekarang ini adalah sistem yang tidak mengira jumlah undi popular. Bagi negara kita kepada 222 kerusi Parlimen dan 576 Dun seluruh negara.
Dalam PRU13, tidak termasuk Sarawak maka pertandingan Dun hanya 505 sahaja. Sebab Sarawak telah mengadakan pilihan raya negerinya lebih awal. Sistem diguna pakai ini berlandaskan kepada kehendak Perlembagaan dan akta- akta menjalankan pilihan raya di negara kita maka sekelip  mata kita nak ubah menjadi undi popular. Tidak boleh begitu.
PRU13  terdapat banyak laporan tidak puas hati. Adakah SPR pernah mengalami pengalaman  seperti ini?
Sebelum PRU13, SPR begitu terbuka dan optimistik ekoran daripada berbagai perkara baru yang kita perkenalkan. Sebelum ini kita tidak ada urusan penggunaan dakwat kekal. Apabila ada orang mempertikaikan undi mungkin cuba menipu dua kali, SPR bersetuju dengan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya untuk menggunakan dakwat kekal.

Parti-parti politik disokong oleh beberapa NGO tidak begitu yakin dengan urusan undi pos maka SPR gantikan dengan undi awal. Selain itu, mana- mana OKU bawa sahaja sesiapa yang dipercayai. Susun atur dalam tempat mengundi, ejen parti mengadu mereka tidak boleh melihat muka apabila pengundi masuk ke tempat mengundi, kita ubah kedudukan tersebut. Kita memberikan ruang media awam untuk kepada semua parti politik untuk menjelaskan manifesto.
SPR menghormati keputusan itu kerana pada SPR media awam perlu dibukakan kepada semua parti yang bertanding dan bersetuju memberikan 10 minit kepada setiap parti. Bagaimanapun, parti di bawah Pakatan Rakyat menolak. Sebenarnya saya cukup kecewa kerana sebenarnya mereka mendapat kelebihan iaitu PR bukan sebuah parti gabungan yang berdaftar, jadi apabila dilaksanakan keputusan itu, Pas, PKR dan DAP masing- masing mendapat 10 minit.

Kita akan melaksanakan berasaskan undang- undang. BN akan masuk bertanding BN dan hanya mendapat 10 minit. Disebabkan sikap terburu- buru mereka, menganggap 10 minit terlalu pendek, mereka menolak tanpa mendapat alasan lanjut daripada SPR. Mereka juga mendakwa ada 40,000 pengundi Bangladesh dan mempertikaikan perkara- perkara yang telah dibuat penambahbaikan pada PRU13.  Jika kita tidak percaya kepada pihak berkuasa, maka kita tidak percaya kepada kedaulatan undang- undang dan keluhuran Perlembagaan. Perkara- perkara inilah yang berlaku dalam negara kita sekarang yang mendukacitakan.

Bagaimana SPR melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya?
Bermula dengan NGO, parti politik perdana menteri dan kerajaan yang bertanggungjawab menubuhkan PSC. Jawatankuasa Khas Parlimen ini dianggotai oleh lima orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), tiga orang daripada PR dan seorang anggota Bebas. Mereka membuat pendengaran seluruh negara selama enam bulan dan hampir setahun memanggil semua yang terlibat dalam perkara ini termasuklah pemimpin NGO dan parti politik dan sesiapa sahaja untuk memberikan pandangan.

Mereka membuat penjelajahan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Mereka mendapat maklum balas daripada orang yang memberikan hujah kenapa mereka membuat tuntutan- tuntutan sedemikian, akhirnya Jawatankuasa PSC membuat 22 cadangan dan cadangan itu dibentangkan di Parlimen dan Parlimen meluluskannya pada April 2012.
Cadangan-cadangan tersebut diserahkan kepada SPR dan SPR meneliti cadangan tersebut mendapati ada beberapa perkara yang boleh dibuat segera untuk kita laksanakan pada PRU13. Ada yang lain, kita sedang melakukan kajian dan ada yang telah mendapat keputusan tetapi untuk melaksanakannya, pindaan undang- undang perlu dilakukan.
Jika Parlimen serius meneruskan cadangan itu, SPR akan menyerahkan kepada pihak kerajaan dan untuk dilihat bersama Jabatan Peguam Negara bagaimanakah bentuk undang- undang untuk melaksanakan cadangan tersebut. Kita telah membuat kajian dan kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk menentukan pindaan perlembagaan.
Dalam perlembagaan menyebut mengundi di Malaysia berumur 21 tahun. SPR kaji untuk pinda butir- butir di bawah Perlembagaan dan segala undang- undang berkaitan, semuanya perlu diubah. SPR mengambil masa membuat kajian kerana melibatkan Jabatan Peguam Negara, Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan itu.

Perkara yang boleh dilakukan segera seperti dakwat kekal, undi awal dan rakyat Malaysia di luar negara mengundi. Kita telah membuktikan keikhlasan kita melaksanakan perkara-perkara ini pada PRU13.

Adakah SPR setuju berhubung kes dakwat kekal yang didakwa mudah tanggal?
Apabila kita memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal, kita terus berjumpa dengan beberapa pembekal dan apabila mendapat sampel yang mematuhi syarat- syarat yang kita mahukan dakwat tidak mengandungi apa- apa bahan kimia yang boleh memudaratkan hukum syarak, merosakkan kesihatan kulit.
Semua syarat ini perlu kita patuhi kerana perlu mendapat kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan macam negara India, Afrika yang menggunakan dakwat kekal terus guna. Mereka tidak ada segala kekangan ini, had yang ada di negara Malaysia.

Di Kemboja mereka menggunakan 20 peratus ‘silver nitrate’. Bayangkan 20 peratus, celup sahaja akan kekal selama sebulan. Kita perlu melihat ramuan yang digunakan. Kita mendapat satu pembekal pakar buat dakwat kekal, semua panel SPR membuat kajian dan kekal menyebabkan SPR tengok segala ramuan, serah kepada  majlis fatwa, jabatan kimia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua meluluskannya, berpuas hati dan mematuhi semua syarat, kita membuat tempahan. Cara tempahan mengikut undang- undang dan ia dibuat. Mereka hanya menunggu isyarat sahaja. Jumlah botol yang ditempah ialah 230,000 botol untuk digunakan di 26,000 saluran dan setiap botol dakwat dijangkakan dapat mencalit 80 jari.

Apabila mereka mendapat isyarat menghantar dakwat tersebut, mereka menghantarnya dan SPR terus menjaga keselamatannya dan merahsiakan warna, tempat dakwat disimpan kerana kita takut berlakunya sabotaj. Kita takut ada pihak meniru dakwat tersebut untuk sabotaj pilihan raya.

Pengalaman pahit 2008, dakwat dibatalkan di saat akhir kerana bermacam laporan polis, dakwat diseludup dari negara- negara jiran. Kita menyimpannya di tempat yang paling selamat iaitu di lokap polis. Kita menyimpan di situ sehingga Parlimen dibubarkan.

Dakwat itu dihantar sebelum dua bulan Parlimen dibubarkan. Pengagihan dilakukan kepada 222 bahagian di seluruh negara. Pegawai Pengurus menyimpan dakwat tersebut di lokap polis di bahagian Parlimen. Kotak dakwat pertama kali dibuka pada hari mengundi awal pada 30 April. Berus di penutup itu tempahan khas, ada calit sekali, calit betul-betul dakwat bertanda, Kita tahu dakwat perlu digoncang dua jam sekali supaya ia sebati.

Bagaimana pun tatacara tidak seragam, ada yang terlepas pandang, tertekan dan pertama kali. Akibatnya ada pihak memperlekehkan SPR untuk menunjukkan dakwat tidak kekal, idea mereka terus cuci, saya yakin, tidak 100 peratus hilang.

Adakah dakwat tidak kekal boleh dibuat petisyen?

Petisyen boleh dibuat apa- apa alasan pun terserah kepada mahkamah. SPR akan diwakili Jabatan Peguam Negara. Maksud petisyen pilihan raya ialah nak membatalkan keputusan pilihan raya kerana tidak berpuas hati atas sebab-sebab yang dibenarkan undang- undang iaitu seperti membuat pengiraan tidak betul, pegawai SPR buat kerja tidak ikut peraturan dan undang- undang, ada warga asing yang terbukti namanya berdaftar dalam daftar pemilih, perkara yang berlaku tidak selaras dengan undang- undang. Penggunaan dakwat kekal hanyalah tambahan kepada sistem untuk menyekat orang mengundi dua kali.
Mereka boleh memfailkan keputusan pilihan raya dan hakim akan menetapkan setiap petisyen pilihan raya akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan. Kita kalau tidak berpuas hati di peringkat mahkamah tinggi, dalam masa 14 hari selepas keputusan itu, boleh buat rayuan dan ia difailkan di Mahkamah Persekutuan yang juga mempunyai tempoh selama enam bulan. Mahkamah tinggi tempoh enam bulan dan mahkamah rayuan juga enam bulan untuk menyelesaikan keputusan. Inilah caranya kita mempertikaikan keputusan pilihan raya.

Setakat mana Petisyen boleh digunapakai?

Setiap petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dalam tempoh kita wartakan, ia difailkan di  mahkamah tinggi negeri berkenaan. Kalau petisyen berjaya mahkamah memutuskan keputusan PRU13 ‘non avoid’, mahkamah akan memberitahu SPR supaya membuat pilihan raya baru bagi bahagian yang dipertikaikan sahaja. Saya difahamkan, sekarang parti- parti politik sedang mengumpul bahan dan kawasan- kawasan pilihan raya untuk failkan keputusan pilihan raya.

Baguslah kerana itulah cara betul. Cukupkan bukti, dapatkan afidavit, bariskan peguam handal bawa ke mahkamah. Itulah cara yang betul. Setiap kali pilihan raya umum di negara ini mesti ada petisyen pilihan raya. Parti bawah PR isytihar 27 hingga 30. Itu yang tumpukan, cukup segala bukti dan bersedia untuk mempertikaikan di kawasan pilihan raya.  Mungkin BN juga akan membuat petisyen kerana banyak kawasan kalah. BN tidak beritahu kawasan mana yang mahu dipertikaikan. BN juga mempunyai peguam untuk kutip bahan bukti petisyen.

Selalunya, SPR menjadi responden, ada cara SPR menjadi pendakwa dan memfailkan saman terhadap pemfitnah?
SPR badan Perlembagaan yang dilantik Majlis Raja- Raja dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Seboleh-bolehnya SPR tidak mahu menyaman mana- mana parti politik dan pemimpin parti. Kita adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab bukan parti politik.  Kita menjalankan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong dan menjalankan kerja mengikut undang- undang.
Parti-parti politik mereka mahukan kemenangan pilihan raya, mereka membuat tuduhan dan dakyah kepada SPR. Mereka orang politik tetapi undang- undang negara kita tetap ada.
Kita tidak boleh fitnah sewenang- wenangnya kerana di bawah Akta Kanun Keseksaan ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengikat orang yang membuat fitnah. SPR membuat laporan polis terhadap pihak yang berkenaan melemparkan pelbagai fitnah kepada SPR dan kita serah kepada polis menyiasat. Apabila polis cukup maklumat, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Adakah akan berlaku persempadanan semula?
Mengikut Perlembagaan, SPR perlu membuat kajian semula sempadan-sempadan bahagian pilihan raya. Tempoh lapan tahun telah berlalu, Mac 2011, sebab persiapan PRU13 tidak menentu tarikh pilihan raya. Sekarang PRU13 selesai, SPR akan membuat kajian semula mengenai persempadanan pilihan raya semula. Ia tidak boleh dielakkan kerana kehendak Perlembagaan. Apabila kita membuat kajian persempadanan semula, syor- syor kajian kita akan diserahkan kepada Parlimen untuk dibahaskan.

Menyerahkan syor kajian persempadanan pilihan raya semula, itu perkara yang ditetapkan di bawah Perlembagaan. Soal kelulusan syor kajian semula, itu perkara lain. Nak ubah perlu mendapat dua pertiga, itu soal Parlimen bukan SPR. SPR membuat syor persempadanan sahaja.
Jika Parlimen, nak menolak, Parlimen tolak, atau terima kena ada dua pertiga undi, inilah kebaikan proses demokrasi. Kadang- kadang persempadanan itu bagus kepada rakyat dan kepada semua pihak, Sebab itulah Perlembagaan menetapkan kajian semula perlu dilakukan setiap lapan tahun kerana tempoh itu pelbagai perubahan berlaku. Kawasan setinggan menjadi rumah pangsa, hutan menjadi taman perumahan, ada universiti. Ini rakyat perlu faham mengapa persempadanan semula perlu dilakukan dan peruntukan tersebut ada di bawah Perlembagaan dan SPR bertanggungjawab untuk membuat kajian semula. Kelulusan adalah Parlimen.

Melihat kepada kepesatan penduduk, adakah sesuai jika tempoh persempadanan semula dipendekkan menjadi lima tahun?
 
Saya rasa ia kurang baik kerana persempadanan semula pilihan raya kita gunakan untuk dua penggal Parlimen. Jika sepenggal Parlimen dan asyik berubah. Perlembagaan menetapkan apabila kajian semula dimulakan oleh SPR mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun. Maksudnya 10 tahun, maka dapat persempadanan yang baru. Saya rasa itu yang bagus. Saya melakukan penyelidikan terhadap negara luar yang seperti negara kita, mereka melakukan persempadanan semula 10 tahun sekali. Ini yang terbaik dan tidak begitu kerap kerana perubahan demografi dan penduduk berlaku dalam 10 tahun.

Bagaimanakah peratusan kertas undi rosak yang disebabkan dakwat?

Dua peratus daripada 11.4 juta pengundi keluar mengundi dan daripada 13.2 juta rakyat mendaftar undi. Sebanyak 85 peratus keluar mengundi. Dua peratus adalah undi rosak dan daripadanya sedikit sahaja rosak disebabkan dakwat. Mungkin 250,000 kertas undi rosak. Sebenarnya konsisten kerana pada  pilihan raya 2008, 2.2 peratus kertas undi rosak, tahun pilihan raya 2004 adalah 2.1 peratus.
Ada pengundi yang merosakkan kertas undi. Rosak kerana dakwat tidak banyak tetapi berlaku di kawasan pedalaman antaranya memangkah dengan menggunakan dakwat yang kering. Selagi pangkah dengan dakwat di dalam kotak kertas undi, ia akan dikira.

Kita menolak kertas undi seperti memangkah atau menanda di atas logo dan nama calon. Itu menunjukkan dia tidak dapat maklumat mengundi yang mencukupi. Jika dakwat itu berada dalam kotak tempat memangkah, ia dikira. Pilihan raya menggunakan kertas undi ialah ‘intent’ niat pengundi di mana. Semua negara menggunakan kertas.

Berapa lama tempoh yang diperlukan kepada pemerhati pilihan raya untuk menghantar laporan kepada SPR?

Pemerhati seperti Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) dan Pusat Pengajian Polisi Awam di bawah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) telah menghantar laporan. Laporan Ideas dan Asli dibuat sekali dan minggu lepas. Dalam SPR ada satu pasukan khas kerana kita nak panggil mereka berhadapan dengan kita untuk memberikan penjelasan satu persatu apa yang dimaksudkan dengan laporan mereka.
Ia tidak hanya mereka menghantar laporan dan tamat di situ sahaja. Saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerhati Tempatan dan Luar Negara mengandungi SPR dan pegawai kita akan teliti laporan itu dan menjemput Ideas untuk mendengar penjelasan secara lisan. Matlamat utama pemerhati tempatan kita mahu menunjukkan ketelusan proses pilihan raya dan tidak ada perkara yang diselindungi.